Assalamualaikum,
Sarapan paling senang dan bagi anak-anak yang sukakan spaghetti mesti suka sandwich sosej simple ni. Apa kaitannya dengan spaghetti pula ye? Sebabnya saya gunakan sos spaghetti cendawan Kimball (boleh guna jenama dan perasa lain juga) untuk memasak sosej yang di panggang terlebih dahulu dengan mentega. Simple kan? Ada citarasa Itali gitu...
Kalau anda tidak ada idea dan ingin sediakan sarapan yang ringkas untuk anak-anak bolehlah cuba resipi ni. Sekejap je dah siap :)
SANDWICH SOSEJ SIMPLE
Bahan-bahan
Roti Hotdog secukupnya
1 peket sosej
1 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang holland - dicincang
1 sudu besar cili kisar
1 botol sos spagetti cendawan - Kimball
Seasoning (perasa) - Saya guna jenama maggi
UNTUK HIASAN DIATAS SANDWICH SOSEJ
Mayonis
Tomato ceri
Daun salad
Parutan keju cheddar & mozarella secukupnya
Cara membuatnya:
1. Kelar sosej, panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar mentega. Bakar sosej dan balik-balikkan.
2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi dan masukkan cili kisar dan 1/2 botol sos spaghetti.
3. Seterusnya masukkan sosej yang dibakar kedalam sos dan kacau hingga sebati.
4. Setelah secukup rasa, bolehlah matikan api dapur. Belah roti hotdog, masukkan daun salad, sosej beserta kuah spaghetti, mayonis, hirisan tomato dan tabur dengan keju cheddar secukupnya. Bolehlah dihidangkan :)
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)