Assalamualaikum,
Donat memang kesukaan anak-anak saya tak kiralah di letak topping atau cukup ditabur dengan gula icing sahaja. Membuatnya pula tidaklah sesukar mana, apalagi jika guna resipi asas seperti donat kampung ini. Ianya tidak menggunakan telur tetapi tetap naik gebu. Bahan-bahan yang digunakan pun semua ada didalam dapur rumah kita.
Dalam cuaca panas macam sekarang ini adunan senang naik kalau diperap, tetapi jika ingin mempercepatkan proses doh mengembang, boleh juga letakkan mangkuk yang berisi adunan yang telah diuli dan tutupkan dengan kain di atas oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu tetapi telah dimatikan apinya. Ini hanyalah cadangan, tetapi jika perapkan pada suhu ruang pun ok juga, dan donat tetap menjadi.
Nak cuba buat resipi donat kampung yang simple ini sendiri dirumah? Jom kita lihat resipinya :)
DONAT KAMPUNG
Bahan-bahan
250gm tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar susu tepung
125ml air sejuk dari petiais
1 sudu besar marjerin
1/2 sudu teh yis + 1/4 sudu teh gula pasir + 1 sudu besar air suam, campur kesemuanya dan biar sampai berbuih.
Cara membuatnya:
1. Campur tepung,gula pasir,susu tepung,bancuhan yis yang telah berbuih dan air sambil di uli. Masukkan marjerin kemudian uli lagi selama lebih kurang 15minit iaitu sehingga adunan kenyal dan tidak lekat ditangan.
2. Masukkan adunan kedalam mangkuk besar dan tutup dengan kain atau plastik agar adunan mengembang.
3. Supaya adunan cepat naik dan cantik mengembang, boleh juga letakkan mangkuk yang berisi adunan tadi di atas oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu tetapi telah dimatikan apinya selama 20minit.
4. Setelah itu keluarkan doh dan tekan-tekan untuk mengeluarkan angin. Perapkan lagi adunan selama lebih kurang 30minit dan bolehlah diterap dengan acuan donat.
5. Biarkan lagi selama lebihkurang 10 minit dan bolehlah digoreng.
6. Setelah masak dan disejukkan, ayak gula icing keatas donat dan bolehlah dinikmati.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)