Assalamualaikum,
Hujan terlalu lebat disini...dari petang membawa ke malam hari. Bila hujan dan sejuk-sejuk begini selalunya buatkan perut lapar. Oleh kerana anak-anak sudah kekenyangan menikmati burger selepas pulang dari kelas al quran tadi saya cuma masak ringkas untuk diri sendiri dan abah mereka, iaitu nasi putih di gandingkan dengan ikan goreng gelama masin dan sup tembikai muda. Benar-benar membuka selera dalam hujan lebat begini.
Pernah dengar sup tembikai muda? Di pasar basah di sini banyak di jual putik tembikai muda yang di bawa masuk dari selatan Thailand. Mungkin ada masakan masyarakat thai yang di campurkan dengan putik tembikai ini, tapi saya lebih suka memasaknya ala-ala sayur air dan mencampurkannya dengan udang hidup,ikan bilis dan lada hitam yang di tumbuk kasar. Sungguh enak rasanya..di makan dengan nasi panas. Jika tak ada putik tembikai, boleh juga gunakan separuh kulit tembikai biasa dan buangkan kulit keras di bahagian luarnya.
SUP TEMBIKAI MUDA
Bahan-bahan
500gm tembikai muda (putik)
3 ulas bawang merah
sedikit udang dan ikan bilis
sedikit udang dan ikan bilis
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1 kiub ikan bilis
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk kasar
4 cawan air
Cara membuatnya:-
1. Kupas kulit tembikai dan potong dalam bentuk kiub, ketepikan.
2. Tuang sedikit minyak kedalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih, lada hitam, cili merah, udang dan ikan bilis. Kacau rata hingga naik bau.
3. Masukkan air kedalam periuk beserta kiub ikan bilis. Kacau sebentar.
4. Masukkan pula isi tembikai kedalam kuah sup tadi dan renihkan hingga masak. Perasakan dengan garam dan sedia untuk di hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)