Assalamualaikum & salam pagi khamis.
Awal pagi lagi di sini hujan sudah turun dengan lebatnya dan menimbulkan suasana dingin tapi saya tak boleh tidur dan bangun awal buatkan chocolate rice orange muffin untuk anak-anak sebagai sarapan pagi sebelum bertolak ke sekolah. Resepi asalnya saya ambil dari Chef idola saya, iaitu kak Hanieliza tetapi saya ubahsuaikan sedikit mengikut bahan yang ada di dapur rumah saya sahaja. Maklumlah pagi-pagi hari masuk kedapur ada saja bahan yang tak lengkap. Muffin yang saya hasilkan ini bersaiz jumbo dan makan sebiji pun kenyang sampai tengahari :D. Lihatlah pada gambar tu, muffin lebih besar dari buah oren.
Bila anak-anak bangun dari tidur, tersenyum riang mereka terhidu bau muffin oren yang baru keluar dari oven dan masih lagi panas. Terimakasih kak Liza kerana berkongsi resepi muffin yang enak ini dan izinkan saya berkongsi sekali lagi resepinya di sini untuk rujukan pada masa depan dan mungkin ada yang ingin cuba membuatnya.
CHOCOLATE RICE ORANGE MUFFIN
2 cawan tepung gandum ]
1 sudu teh baking powder ] ayakkan 2 kali
1/2 sudu teh soda bikarbonat ]
1 cawan gula perang
2 sudu besar coklat rice (saya tak letak kerana tak ada bekalan tetapi saya gantikan dengan coklat chips dan hiaskan dengan badam cincang)
1/2 cawan butter cair
1 cawan jus oren
1 biji telur [pukul sedikit]
1 sudu kecil oren paste
1. Panaskan oven suhu 180 api [atas dan bawah] selama 15 minit.
3. Curahkan bahan B dan kacau rata.(kacau sebentar sahaja kerana jika terlebih kacau muffin akan menjadi keras)
4. Masukkan kertas muffin dalam acuan muffin.
6. Bakarkan selama 20 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing)
7. Sejukkan dan boleh dihidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)