Assalamualaikum,
Atas permintaan anak-anak yang teringin nak makan durian, malam tadi saya beli 3 biji durian memandangkan di Langkawi sekarang memang musim jual durian dan rambutan. Bukan durian tempatan tetapi yang di bawa masuk dari Thailand.
Saya gandingkan durian dan tanak pulut ala kedah iaitu di makan bersama santan dan gula, tetapi anak pertama saya tak suka makan durian. Baunya yang kuat dalam bonet kereta sementara nak sampai rumah pun buatkan dia pening dan merungut sepanjang jalan.
Cara nak tanak pulut ni mudah sahaja, iaitu sukatan air di masukkan sama paras dengan pulut.Itu petua yang di berikan oleh ibu saya. Bagi yang tak pernah masak pulut pasti tertanya-tanya, sama paras tu sukatannya macamana? Untuk itu saya kongsikan resepi pulut durian ala utara yang saya ambil dari blog periuk tanah untuk memudahkan pembaca blog ini terutama sekali adik-adik yang baru belajar membuat rujukan dan lebih faham.
PULUT DURIAN
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)
1) 1 cawan beras pulut. Basuh dan toskan.
2) Masukkan beras pulut ke dalam periuk nasi. Masukkan juga 1 cawan air dan 1 sudu besar minyak masak. Masak seperti biasa.
Saya tak biasa masukkan minyak, mungkin yang buatkan pulut durian nampak berkilat seperti di restoran Thai itu mereka masukkan sedikit minyak ketika tanak pulut seperti resepi di blog periuk tanah.
Bahan lain:
2 cawan santan sederhana pekat + 1/2 -1 sudu teh garam (ikut rasa masinnya)
Masak atas api perlahan sehingga mendidih.
2 sudu besar gula pasir.
Hidangkan seperti di dalam gambar. Cara menikmatinya, tuangkan santan ke atas pulut.
letak sedikit gula. Makan dengan isi durian.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)