SIMPLE OREO CHEESE CAKE

Assalamualaikum, 


Simple Oreo Cheese cake adalah sejenis desert yang paling mudah sekali nak buat dan sedap pula. Bagi penggemar keju mesti suka dengan dessert ni. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, iaitu 6 bahan sahaja. Kalau ikut resipi ni dapatlah dua gelas kecil dan kalau nak buat banyak bolehlah gandakan adunannya. 

Terpulang juga kepada kreativiti masing-masing nak letak bahan-bahan lain seperti pes blueberry, mangga, strawberry atau hirisan buah-buahan pun boleh juga. Atur berselang seli dengan serbuk oreo dan adunan cheese. Cuma satu sahaja...cheese yang dimasak bersama susu cepat mengental jadi harus pantas melapis simple oreo cheese cake ni.

Baiklah...nak cuba buat sendiri dirumah? Jom tengok cara membuatnya :) 

SIMPLE OREO CHEESE CAKE 
Bahan-bahan 
200ml susu cair 
75 gm keju parut 
2 sudu makan tepung jagung 
3 Sudu makan gula pasir 
secubit garam (letak sedikit sahaja atau boleh skip kerana keju dah masin) 
1 Bungkus biskut Oreo - Buang krim dan hancurkan  

Cara membuatnya :

1. Masukan keju parut ke dalam 'non stick pan' bersama susu cair ,gula dan garam. Masak dengan api kecil.

 2. Larutkan tepung jagung dengan 1/4 cawan air lalu tuangkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil terus di kacau.

 3. Setelah adunan pekat dan meletup-letup, tutup api dapur . Tuang adunan cheese dan taburan Oreo berselang seli kedalam gelas kecil. Hias dengan lebihan biskut oreo atau parutan keju.

 4. Masukkan kedalam peti sejuk selama sejam dan bolehlah dihidangkan.