Assalamualaikum,
Teringin nak buat Red Velvet untuk keluarga di rumah tetapi risau kalau-kalau tak menjadi? InshaAllah resipi yang saya kongsikan ini pasti menjadi walaupun anda baru nak belajar 'baking' jika mengikut langkah-langkah mudah di bawah ni. Resipi ini tidak menggunakan serbuk penaik dan bahan-bahan yang di gunakan pun sederhana sahaja.
Baiklah, dah bersedia nak cuba membuatnya sendiri? Jom kita lihat resipinya :)
RED VELVET BROWNIES - Ringkas dan menjadi
Saiz loyang : 8inci x 8 inci
Bahan A - Lapisan Bawah
100gm mentega - di cairkan dan ketepikan seketika
200gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
20gm serbuk coklat
Secubit garam
1 sudu besar pewarna merah - saya guna warna merah jambu
1 sudu teh cuka
2 biji telur
150gm tepung gandum
Bahan B - Lapisan Atas
230gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur
1/8 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Di dalam sebuah mangkuk besar, campurkan gula, esen vanilla, serbuk coklat dan secubit garam.
2. Masukkan juga pewarna merah, cuka makan dan pecahkan 2 biji telur. Kacau dengan menggunakan spatula ataupun 'hand whisk' sehingga rata dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung gandum dan kacau lagi hingga rata dan bercampur.
4. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau lagi.Tuang adunan ke dalam loyang dan ketepikan 1 sudu besar adunan tersebut untuk menghias di lapisan atas nanti.
5. Seterusnya di dalam bekas yang lain, campurkan cream cheese, gula telur dan esen vanilla. Pukul hingga rata dan tuang adunan tersebut ke atas adunan brownies tadi.
6. Letak adunan yang di asingkan tadi dan lorek dengan lidi atau 'chop stick'. Boleh juga masukkan adunan tersebut di dalam 'piping beg' dan picit ke atas brownies sebelum di lorek untuk corak yang lebih kemas.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)