MUFFIN CARROT & WALNUT

Assalamualaikum,

Salam pagi isnin, hari pertama di bulan september 2014. Dah lama saya tidak membuat muffin sebagai sarapan pagi untuk anak-anak. Pagi ini ada masa sempatlah buat sebagai bekal untuk mereka ke sekolah. 

Jom langsung saja kita lihat resepi muffin yang mudah ini :)


MUFFIN CARROT & WALNUT
2 cawan tepung naik sendiri - di ayak
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1/2 cawan gula perang
1 sudu teh serbuk kayu manis 
1/2 cawan walnut - di cincang
2 batang lobak merah (saiz sederhana) - di kupas dan di parut
1 cawan susu segar
2 biji telur - di pukul ringan
2 sudu besar minyak (saya gunakan minyak jagung)

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven 200°c, sediakan cawan atau loyang muffin.

2. Campurkan tepung, soda bicarbonat, gula dan serbuk kayu manis di dalam mangkuk besar. Masukkan juga walnut dan lobak merah yang di parut dan buat lubang di tengahnya.
3. Di dalam sebuah jug, campurkan susu, telur dan minyak dan pukul sedikit dengan whisk agar bahan bercampur.
4. Tuang bahan yang di dalam jug tersebut kedalam campuran tepung tadi dan kacau sebentar sahaja sekadar adunan bercampur. Jangan terlebih kacau kerana muffin akan menjadi keras. 
4. Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan bakar dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga masak. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)