KARI SARDIN ALA MAMAK

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi resepi kari sardin yang rasanya tak kalah dengan kari yang di hidangkan di restoran mamak. Resepi ini saya dapat dari sahabat lama saya berbangsa India. Yang istimewanya kari yang dia hasilkan tu di campur dengan buah mangga yang kecil-kecil. Resepi ini saya ubahsuai sedikit dengan menggantikan buah mangga tersebut dengan kentang dan rasanya juga masih lazat.

Kari ini juga tidak menggunakan sebarang santan atau serbuk kari. Kalau nak tahu resepinya, jomlah kita lihat dulu bahan-bahan yang di gunakan.
KARI SARDIN ALA MAMAK

Bahan A ( di tumbuk)
1 Labu bawang besar 
1/2 inci halia

Bahan B (Tumis)
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk cili 
1/2 sudu teh serbuk kunyit 
1 sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi 
2 pelepah daun kari 
3 tangkai cili kering - di potong 3

Bahan C 
2 biji kentang - di kupas dan potong berbaji
1/2 sudu besar asam jawa adabi
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:

1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak.

2. Seterusnya tumis biji sawi, halba, cili kering dan daun kari. Kacau hingga berbau wangi dan kekuningan.
3. Masukkan pula bahan yang di tumbuk tadi (Bahan B) dan kacau lagi.

4. Seterusnya masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan kacau hingga terbit minyak.

5. Tambahkan 1 1/2 cawan air, kentang dan garam secukup rasa. Apabila kuahnya telah pekat, masukkan pula sardin bersama 4 sudu besar sosnya dan renihkan hingga masak sepenuhnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)