Untuk menu makan malam ni, apa kata masak sesuatu yang ringkas bak kata istilah gerai makan, menu 'goreng-goreng' sahaja. Maklumlah asyik menu nasi je siang dan malam jemu juga kan. Berat badan pun nampaknya semakin bertambah kembali selepas hari raya ni. Berselera benar nak makan macam-macam, tambahan dalam musim hujan macam sekarang ni, asyik lapar je.
Malam ni kita masak yang ringkas serta 'ringan' sedikit dan resepi yang ingin saya kongsikan adalah Kue Teow Ayam berkuah. Ringkas sangat resepinya tetapi saya tak masukkan telur kerana baru sedar, rupanya dah kehabisan stok didalam peti sejuk. Saya gantikan dengan tofu telur sahaja dan rasanya tetap sedap. Jika anda ingin cuba resepi ni di rumah, bolehlah gantikan tofu dengan telur, ye.
KUE TEOW AYAM BERKUAH
300gm Kue Teow
50gm isi ayam
2 ulas bawang putih - di ketuk
air secukupnya
1 sudu besar cili kisar
Bahan B
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap sotong (nampla)
1 kiub ayam
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil kicap pekat
1 biji telur - saya gantikan dengan tofu telur
2 tangkai sayur sawi
1 biji tomato - (jika suka)
1/2 batang lobak merah - di potong seperti mancis
beberapa kelopak bunga kubis
3 tangkai cili padi - di ketuk
1 sudu besar tepung jagung larutkan dengan sedikit air
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, cili kisar dan juga isi ayam hingga wangi.
2. Masukkan air kedalam kuali tersebut dan masukkan juga kesemua sos (bahan B), termasuk kiub ayam sambil di kacau.
3. Pecahkan telur kedalam kuah tersebut dan biarkan telur keras sedikit, lalu masukkan kesemua sayuran (Bahan C). Masak hingga mendidih, masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4. Seterusnya masukkan kue teow dan biarkan hingga masak serta suaikan rasa. Angkat dan bolehlah di hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)