Assalamualaikum,
Dah lama benar blog ini sunyi tanpa sebarang entry masakan. Seronok dan meriah tengok teman-teman blogger yang aktif berkongsi gambar masakan di media sosial. Gambar menu masakan saya pula tersimpan di draft tanpa berusik sedikitpun kerana kesihatan tidak mengizinkan. Memang tak selesa dan serba tak kena nak buat apa pun kalau dijangkiti demam selesema. Alhamdulillah, dah ok sikit ni bolehlah berkongsi resipi masakan.
Resipi asam pedas tetel ini saya ambil dari blog teman blogger yang memang terer masak terutama sekali beraneka jenis masakan asam pedas iaitu siapa lagi kan kalau bukan Che Mat Gebu. Saya masak untuk berbuka 3 hari lepas dan panaskan baki asam pedas tetel ni time bersahur. Memang sedap sangatlah rasanya dan boleh bertambah nasi dibuatnya.
Jom kita tengok resipi dibawah ni :
ASAM PEDAS TETEL
Bahan-bahannya:
1 kg daging tetel (daging yang ada lemak-lemak)
1 genggam daun kesum dengan batangnya sekali - cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Dikisar halus
15 tangkai cili kering - rendam air panas dan toskan
1 inci kunyit hidup
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 camca besar lada hitam
1/2 inci lengkuas
Air secukupnya
Cara membuatnya :
1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan kisar hingga harum dan terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut.
3. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
4. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.
CATATAN CHE MAT:- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)