YONG TAU FOO

Assalamualaikum, 

Dok godek-godek draft dalam blog ni adalah terjumpa entry tertunggak yang belum pernah saya publish lagi dalam blog. Resipi yong tau foo ini pernah tersiar dalam Majalah Saji sebelum ini sebab itulah tidak ada gambar step by step cara membuatnya. 

Daripada tersimpan sahaja dalam draft ada baiknya saya jadikan entry hari ini sambil-sambil seru mood berblogging agar datang kembali. Semoga saja ini permulaan yang baik untuk saya mula kembali berkarya. Jom lihat resipi dibawah ni dan selamat mencuba! 

YONG TAU FOO
Bahan A - Di kisar
50gm cili padi
2 inci belacan - dibakar
3 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
1 botol kecil tauchu

Bahan B
100gm cili kering - digoreng dalam minyak terlebih dahulu dan kisar

Bahan C
2 cawan gula merah - masak dengan 1 cawan air dan tapis
1 cawan gula pasir
1 cawan jus asam jawa
1 mangkuk air
1 botol kicap manis
1 botol kicap masin
1 botol sos cili
sedikit kicap pekat - untuk menghitamkan kuah

Bahan D
1 cawan tepung jagung - bancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah

Cara memasak:

1. Panaskan 1 cawan minyak masak dan tumis bahan kisar dan cili kering.

2. Kacau hingga sebati, masukkan pula kesemua bahan C dan masak lagi hingga mendidih.

3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan sentiasalah kacau hingga kuah menjadi pekat.

4. Setelah kuah masak bolehlah hidangkan bersama bebola ikan, sosej, sotong kangkung yang dicelur terlebih dahulu dan tabur kacang goreng yang dikisar kasar serta bijan jika suka.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)