Assalamualaikum,
Sedapnya dapat makan Oreo Brownies petang-petang macam ni, kan. Nak membuatnya pun mudah, pakai spatula ataupun ballon whisk sahaja. Ikut resipi yang diberi...kacau-kacau...masukkan kedalam loyang dan bakar. Begitulah mudahnya nak buat brownies. Tak perlu nak fikir bantat ke tidak sebab memang tekstur brownies macam ni..berbeza dengan kek.
Resipi brownies dibawah ini hampir sama dengan brownies-brownies lain cuma saya taburkan oreo diatasnya sebelum dibakar. Kalau tak suka oreo dan nak guna bahan lain seperti hirisan badam, coklat chips atau aneka kekacang pun boleh juga, tapi kena tukar namalah. Tak boleh dipanggil oreo brownies lagi, kan. :)
Bagi yang ingin mencuba, jom tengok resipi dibawah ni. Happy baking ;)
OREO BROWNIES
Bahan A
150gm mentega
170gm Coklat masakan
Bahan B
2 biji telur - Gred A
175gm gula kastor
Bahan C - (Diayak)
130gm tepung gandum
25gm serbuk coklat
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh baking powder
Oreo secukupnya untuk taburan (saya guna oreo saiz kecil)
Cara membuatnya :
1. Sediakan loyang bersaiz 8in x 8in, sapu margerin dan alas loyang dengan kertas baking.
2. Cairkan bahan A (guna microwave ataupun kaedah double boiler : isi air didalam periuk dan panaskan atas dapur hingga mendidih, letakkan kuali yang berisi mentega dan coklat masakan diatas periuk tadi dan kacau hingga cair). Ketepikan seketika.
3. Sementara menunggu bahan A yang dicairkan tadi sejuk, kacau bahan B menggunakan whisk/spatula hingga gula larut dan adunan sekadar berbuih sahaja.
5. Tuang adunan kedalam loyang dan tabur biskut oreo keatasnya. Seterusnya bakar dalam masa 30minit atau sehingga masak. Cara nak pastikan brownies tidak terlebih masak adalah dengan mencucuk ditengahnya menggunakan lidi. Kalau dah masak akan ada sedikit sahaja gumpalan lekat di lidi tersebut.
5. Setelah brownies masak dan disejukkan, bolehlah dihidangkan. Enak dinikmati bersama aiskrim ataupun boleh juga hias dengan ganache diatasnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)