Assalamualaikum,
Selain daripada biskut yang manis-manis, biskut yang agak pedas juga tidak kurang enaknya dan sesuai untuk menjadi penghias meja di saat lebaran. Salah satu daripadanya adalah biskut serunding. Gambar dan resipi biskut yang saya buat ini pernah tersiar di di dalam Majalah Saji sebelum ini dan alhamdulillah saya sempat juga ambil gambar langkah demi langkah cara membuatnya.
Jom kita lihat resipi, mungkin ada yang ingin mencuba untuk hari raya kali ini.
Jom kita lihat resipi, mungkin ada yang ingin mencuba untuk hari raya kali ini.
BISKUT SERUNDING
Bahan-bahannya
100gm mentega
– lembutkan
20gm gula
icing
60gm tepung
gandum
60gm tepung
jagung
1/8 sudu teh
baking powder
Secubit garam
halus
1 sudu besar
bijan – di goreng sebentar tanpa minyak
30gm
serunding daging yang dikisar + ½ sudu teh serbuk cili
Untuk Hiasan
1 biji telur
– dipukul ringan
Bijan
secukupnya
Cara
membuatnya :
1.Panaskan oven pada suhu 170’c dan lapik loyang dengan kertas kek.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam halus yang telah diayak sedikit demi sedikit kedalam adunan dan kacau rata.
1.Panaskan oven pada suhu 170’c dan lapik loyang dengan kertas kek.
2. Putar mentega dan gula icing menggunakan mixer sehingga gebu (jangan terlebih putar, sekadar gula icing larut sahaja).
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam halus yang telah diayak sedikit demi sedikit kedalam adunan dan kacau rata.
4. Seterusnya masukkan serunding dan bijan kedalam adunan dan uli menjadi doh. Doh ini agak lembut, jadi masukkan kedalam plastik dan simpan dalam 30minit kedalam peti sejuk (chiller) sehingga doh sesuai untuk dibentuk.
5. Canaikan adunan kepada ketebalan 1cm dan terap dengan acuan kegemaran.
6. Atur biskut didalam loyang yang telah dilapik kertas kek terlebih dahulu dan hias dengan sapuan telur dan tabur bijan keatas biskut.
7. Bakar biskut selama lebih kurang 15minit atau
sehingga biskut masak. Setelah ittu
sejukkan diatas redai dan bolehlah disimpan kedalam balang kedap udara.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)