Assalamualaikum,
Hari ini masak nasi briyani menyambut anak-anak yang baru pulang dari menghabiskan cuti tahun baru cina di kampung. Err..gandingan yang sesuai tak nasi Briyani, ayam masak ros dan kurma daging dihidangkan bersama? Kira acilah ya. Huru-hara pagi ni tak sempat nak ambil gambar step by step. Seawal sebelum subuh lagi saya masak semuanya kerana terkejar nak ke pejabat pula.
Untuk pembaca yang nak try masak nasi briyani dengan ayam masak ros, resipinya ada dibawah ini. Hidangan sampingan seperti kurma daging tu pula nanti-nanti di entry yang lain saya share resipinya pula ye :)
NASI BRIYANI
4 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air
Beberapa titis warna kuning dan oren
1 sudu besar rempah briyani - saya guna jenama faiza
1/2 cawan susu cair
garam secukup rasa
Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan - disimpul
1 labu bawang besar - dihiris
1 sudu besar minyak sapi + 1 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
1. Rendam beras basmathi selama 20 minit dan toskan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumisan. Kacau sehingga wangi dan masukkan pula rempah briyani sambil dikacau lagi.
3. Masukkan air dan susu cair sambil dikacau dan masukkan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masukkan pula beras dan masak nasi seperti biasa. Bila nasi kering, gembur nasi dan tabur bawang goreng, kismis serta daun ketumbar. titiskan juga pewarna kuning serta oren dan tutup periuk.
5. Panaskan lagi dengan api perlahan selama 10 hingga ke 15minit sehingga nasi benar-benar masak. Setelah itu gembur lagi dan bolehlah dihidangkan.
AYAM MASAK ROS
1 ekor ayam - di potong 12 (perap seketika dengan garam dan kunyit)
2 batang serai - diketuk
Rempah 4 sekawan untuk menumis (1 inci kulit kayu manis, 2 biji buah pelaga, 1 kuntum bunga lawang dan 3 kuntum bunga cengkih)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan - di carik dan simpulkan
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
1 inci halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 biji tomato
10 tangkai cili kering - rendam dengan air panas dan toskan
cara memasak
1. Goreng ayam dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis rempah 4 sekawan,bahan kisar, serai, serbuk jintan manis, jintan putih, daun pandan serta serbuk ketumbar hingga wangi. Masukkan sedikit air dan susu cair sambil dikacau.
3. Setelah kuah agak pekat, masukkan ayam dan gaulkan hingga rata. Masukkan juga sos tomato.
4. Renihkan hingga masak dan suaikan rasanya dengan garam dan gula. Setelah secukup rasa dan bolehlah matikan api dapur dan hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)