Assalamualaikum,
Pumpkin bread ni saya buat untuk minum petang hari minggu semalam. Rasanya sungguh sedap walaupun manis sedikit. Bila bercuti semalam dan berada di rumah sepanjang hari baru saya perasan masih ada baki labu kuning dalam peti sejuk. Dari di biarkan membazir, boleh juga hasilkan sesuatu untuk minum petang. Lagi pula anak yang sulung minta saya buatkan kek atau muffin untuk di bawa ke pusat tuisyen dan di kongsi bersama teman-teman sebelum class bermula pada malamnya.
Akhirnya labu yang terperap di dalam peti sejuk pun bertukar menjadi pumpkin bread, hasil dari resepi yang saya ambil di All recepies, tapi saya ubahsuai sedikit mengikut bahan yang ada di dapur rumah saya sahaja.
Jom lihat resepinya... :)
PUMPKIN BREAD
Resipi asal mendapat 3 biji pumpkin bread – Loyang 7x3 inci
15 auns (1 7/8 cawan) – labu kuning di rebus dan lecek halus
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
2/3 cawan air
3 cawan gula putih
3 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven kepada 350 darjah F (175 darjah C). Gris loyang dan taburkan tepung.
2. Dalam mangkuk besar, kacau puri labu, telur, minyak, air dan gula hingga sebati. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul bersama tepung, baking soda, garam dan serbuk kayu manis.
3. Kacau bahan-bahan kering ke dalam campuran labu sehingga rata. Tuangkan ke dalam loyang yang disediakan.
3. Bakar selama kira-kira 50 minit atau hingga masak di dalam ketuhar.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)