Assalamualaikum,
Salam pagi sabtu. Hari ini saya
ingin berkongsi resepi apam pandan mauripan yang saya ambil dari blog puteri manja. Cuk up mudah membuatnya dan tidak mengambil masa yang
lama. Selepas selesai menguk us, apam
ini ‘tersenyum’ seakan-akan apam mekar pula…dan saya hidangkan
dengan kelapa parut sebagai sarapan pagi.
Boleh di cuba
untuk mempelbagaikan resepi apam dan
saya kongsikan sekali lagi resepinya di sini.
APAM PANDAN MAURIPAN
sumber : puteri manja
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 paket yeast atau mauripan (kira-kira 5gm)
250ml air suam
sedikit pandan paste
sedikit pewarna kegemaran
Cara membuatnya :
1. Masukkan semua bahan di atas dalam satu bekas, kacau rata.
2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan letakkan pandan paste dan satu lagi warna kesukaan.
3. Masukkan kedalam acuan yang di sapu minyak terdahulu dan biar naik sedikit dalam tempoh 15-20minit.
4. Setelah itu kukus selama 8-10minit , tunggu sejuk dan bolehlah di hidangkan dengan kelapa parut.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)