Assalamualaikum,
Selamat
datang ke blog fiza’s Cooking yang
menyajikan resipi-resipi ringkas untuk di cuba dan sebagai rujukan kepada yang
masih baru berjinak-jinak di bidang masakan.
Nama
saya Hafizah bt Yahaya atau nama yang saya guna di blog adalah fiza-lgk. Pulau
Langkawi adalah tempat tumpah darah saya dan saya membesar serta bekerja juga
di Pulau Lagenda ini. Saya adalah ibu kepada 4 orang anak iaitu 1 orang
perempuan dan 3 orang lelaki.
Tujuan
asal blog ini di buat adalah untuk menyimpan resipi-resipi masakan ringkas
untuk rujukan anak gadis saya dan sekarang Alhamdulillah blog ini berkembang
dan menjadi rujukan ramai khususnya ibu-ibu yang bekerja dan mempunyai masa
yang terhad untuk memasak.
Resipi
yang di kongsikan ada yang saya cipta sendiri, resipi warisan dan ada
juga yang
di cuba hasil daripada perkongsian teman-teman blogger.
Di
harap anda mendapat manafaat dari blog
ini dan jika ada sebarang masalah atau komen yang saya terlepas pandang di
dalam blog ini, bolehlah email terus
kepada saya di fizalgk@gmail.com atau fiza_lgk@yahoo.com
Terimakasih
daun keladi
Ada
hari berkunjung lagi
Salam
hormat
Fiza-Lgk
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)