Assalamualaikum,
Dah lama rasanya tak menjengah ke sini dan belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada pengunjung setia yang sering masuk ke blog ini walaupun saya jarang-jarang berkesempatan untuk 'update' resipi seperti dulu.
Hari ini saya ingin berkongsi resipi yang ringkas sahaja, sekadar untuk menghabiskan stok kurma pada bulan puasa yang lalu dan kebetulan pula ada baki roti yang tidak di habiskan oleh anak-anak. Bila dah 'transform' menjadi puding roti kurma sekejap pula laris dan licin.
Puding ni memang sedap pada selera saya kerana kurang manis dan lembut teksturnya. Tak rugi bagi yang ingin mencubanya dan boleh juga gantikan kurma dengan kismis ataupun buah-buahan campuran. Ikut kreativiti kitalah asalkan tidak membazir dan terbuang bahan-bahan lebihan buat kek dan biskut untuk menyambut lebaran baru-baru ni.
Bagi yang ingin mencuba resipi yang ringkas ni, jom kita lihat di bawah ni :)
PUDING ROTI KURMA
Saiz loyang : 8 inci
Bahan A
6 keping roti
2 sudu besar mentega - di cairkan
1/2 cawan kurma - di hiris
Bahan B
4 biji telur - Gred A
2 cawan susu segar
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven dan setkan kepanasan kepada 180'c
2. Carik-carikkan roti dan atur di dalam loyang. Tuang mentega cair ke atasnya dan taburkan buah kurma.
3. Di dalam bekas lain, putar telur, susu, gula kastor, serbuk kayu manis dan esen vanilla sehingga sebati dan gula hancur.
4. Tuang adunan yang di pukul tadi ke atas roti dan pastikan roti tersebut tenggelam dan terendam di dalam adunan tersebut.
5. Bakar selama 45minit (api atas dan bawah) dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong untuk di sajikan.