Assalamualaikum.
Anda biasa sarapan dengan oats? Selalunya orang melayu ni jarang bersarapan dengan oats tapi kalau dah lekat penyakit kolestrol tinggi mulalah belajar mengambil oats dalam hidangan harian, terutama sarapan pagi. Hee...hee...bunyinya seperti pengalaman diri saya sendiri je :). Sebenarnya oats amat baik untuk kesihatan jantung dan pengawal kadar kolestrol dalam darah, tapi sesetengah orang amat payah untuk makan oats kerana rasanya yang agak berserat.
Selain dari di makan dengan mencampurkan susu dan buah-buahan terutamanya pisang dan di buat biskut, oats juga boleh di pelbagaikan dalam hidangan dan saya ada mencuba membuat inti dadar dengan oats untuk di hidangkan sebagai sarapan pagi
Jom kita lihat resepinya :)
DADAR JAGUNG OATS
Bahan Dadar:
150 gram tepung gandum
3/4 sudu teh garam
400 ml susu cair
1 butir telur
1 sudu teh serbuk koko
Bahan:
75 gram oats segera
350 ml susu cair
60 gram gula pasir
1/4 sudu teh garam
30gm jagung cream - dalam tin
4 sudu makan serbuk koko
1. Dadar: Campurkan tepung gandum, garam, susu cair, dan telur. Ambil 1/4 dari adunan campurkan dengan . Kacau rata. Masukkan dalam plastik segitiga.
2. Picit adunan coklat ke atas kuali leper dan tuangkan adunan putih dan angkat selepas masak.
4. Ambil satu keping dadar. letakkan inti. Lipat kanan dan kiri. Gulung.