Assalamualaikum,
Perkongsian hari ini adalah kek yang di gemari ramai mungkin kerana rasa yang sedap dari gula hangusnya yang wangi dan membuka selera. Ada yang menyebutnya kek gula hangus, dan ada pula yang menyebutnya kek sarang semut. Kalau di teliti bahan-bahan resepinya jelas keduanya adalah kek yang sama tetapi kalau di perap lama sedikit tekstur kek ini akan jadi bersarang.
Baiklah, kita langsung sahaja melihat resepinya ya. :)
KEK SARANG SEMUT
Sumber : Resepi cikgu ani
Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu makan planta
Cara-caranya:
Masukkan gula ke dalam periuk.
Masak gula hingga cair dan berwarna perang.
Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Masa ini kena berhati-hati ye kerana gula yang panas akan memercik bila dituang air panas. Sebab itu kena tuang air panas tu sedikit demi sedikit.
Bila gula sudah sebati dengan air, tutup api.
Masukkan planta dan kacau hingga planta larut sekata. Sejukkan.
Bahan B
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu pekat
Cara-caranya:
1. Ayak tepung + soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang, masukkan susu pekat dan kacau hingga rata. (Guna speed rendah)
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dipukul rata. (Juga guna speed rendah)
4. Akhir sekali, masukkan air gula yang sudah disejukkan tadi. Pukul sebati.
Perapkan adunan ini selama 2 hingga 3 jam.
5. Setelah 3 jam, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan.
Masukkan ke dalam oven suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.