Assalamualaikum,
Selamat berhari minggu untuk semua pembaca yang sudi singgah diblog ini. Bagi yang sedang bercuti, masak apa hari ini? Bagi saya yang ringkas sahaja kerana mengejar masa kerana harus hantar anak ke 3 ke untuk sesi persekolah waktu petang seawal jam 12 tengahari, manakala si bongsu yang bersekolah pagi pula akan pulang dan hanya singgah sebentar sahaja dirumah sebelum ke kelas pengajian al quran.
Boleh bayangkan tak betapa sibuknya saya jika bercuti pada hari ahad kerana di Kedah cuti mingguan persekolahan adalah pada hari Jumaat dan sabtu. Tapi walaupun sibuk saya bahagia menjadi 'supir' tak rasmi kepada anak-anak pada hari minggu :)
Baiklah untuk resipi hari ini, simple sahaja iaitu Ikan masak cuka sedap. Resipi asal saya ambil dari rumah kak nor dan terimakasih untuk resipi ringkas ini. Walaupun resipi lauk sehari-hari lebih kurang je persamaannya dengan yang kita masak, saya tetap suka mencuba dari blog teman-teman blogger jika ada kelapangan.
Bagi yang suka lauk ringkas macam ni, jom cuba. Boleh je tukar dengan ikan-ikan jenis lain.
IKAN MASAK CUKA SEDAP
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana - dipotong (boleh juga gantikan dengan ikan lain)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar - dipotong baji/wedges
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 in halia - dihiris
2 biji cili merah - dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah - dipotong
1/2 batang timun - dipotong (buang bahagian empulur)
garam dan gula secukup rasa
Cara memasak :
1. Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
1. Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
2. Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
3. Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
5. Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pada isi ikan) dan masukkan timun. Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)