Assalamualaikum,
Salam pagi isnin untuk semua pembaca yang sudi masuk ke blog ini dan wow...entry hari ini memang menu kegemaran anak-anak saya sebab boleh letak beraneka jenis coklat sebagai topping untuk BROWNIES PIZZA. Tetapi suka pun kenalah beringat juga untuk kesihatan dengan menghadkan pengambilan makanan manis-manis ni kan :)
Brownies ini jenis fudgy dan saya letak topping coklat sebelum potong seperti pizza, hiaskan dengan beraneka jenis coklat kegemaran serta lapisi sekali lagi dengan lelehan coklat diatasnya. Kalau anda suka, boleh juga pelbagaikan topping seperti krim keju, karamel, nutella dan hiasi dengan pelbagai jenis kekacang selain daripada coklat. Ikut kreativiti kita sendirilah kan.
Kepada yang nak try buat sendiri dirumah...jom kita tengok resipi BROWNIES PIZZA dibawah ni. Simple sahaja.
BROWNIES PIZZA
Saiz loyang : 8 inci
Bahan-bahan
180gm coklat masakan
80gm mentega
150gm gula kastor
100gm tepung gandum
20gm serbuk koko
2 biji telur - Gred A (pukul dengan garfu)
Bahan Hiasan
Nutella secukupnya
Aneka coklat dan kekacang
Cara membuatnya:
1. Cairkan coklat masakan dan mentega menggunakan kaedah double boiler.
2. Ayak tepung gandum dan serbuk koko, ketepikan seketika.
2. Ayak tepung gandum dan serbuk koko, ketepikan seketika.
3. Pukul mentega dengan gula kastor sampai gula larut, lalu masukan telur sekadar bercampur rata.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak sambil dikacau dengan serbuk koko.
5. Akhir sekali masukkan coklat cair dan kacau lagi hingga sebati.
6. Tuang kedalam loyang yang telah dialas kertas dan bakar
selama lebih kurang 30-45 minit. Setelah masak dan brownies sejuk, bolehlah
dipotong seperti pizza dan hias tiap potongan brownies dengan nutella dan aneka
coklat atau kekacang.5. Akhir sekali masukkan coklat cair dan kacau lagi hingga sebati.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)