Assalamualaikum,
Hmm tajuk entri blog hari ni, daging masak kunyit ringkas. Kenapa pula ringkas? Bukan resepi daging masak kunyit ni lebih kurang sama sahaja ke. Yang saya maksudkan dengan ringkas adalah, saya gunakan bahan yang ada dalam peti sejuk di rumah ini sahaja. Bahan tambahan seperti kacang panjang, saya tak letak kerana hari ini saya tak keluar ke pasar. Banyak benar kerja di rumah yang harus di selesaikan, jadi saya masak yang ringkas sahaja. Bagi sesiapa yang ingin masukkan kacang panjang di dalam resepi ni, di persilakan. Mesti bertambah sedap lagi.
Baiklah, jom kita lihat resepi daging masak kunyit. Sesuai sangat masak lauk begini di saat kesibukkan melanda :)
DAGING MASAK KUNYIT - Ringkas
Bahan-bahannya
500gm daging - di rebus dan hiris nipis
(air rebusan jangan di buang)
2 sudu teh serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumbuk
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
Bahan di mayang
1 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
5 biji cili padi (Jika suka pedas)
Cara memasak:
1. Rebus daging hingga empuk, dan potong. Jika saya lebih suka potong nipis.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan daging tadi dan kacau hingga sebati, seterusnya masukkan semua bahan-bahan yang di mayang dan serbuk kunyit.
4. masukkan juga lebihan air rebusan daging tadi, kira-kira 1 cawan dan kacau daging hingga sebati
5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Bila telah masak, bolehlah di hidangkan dengan nasi panas.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)