PAPRIK AYAM

Assalamualaikum, 

Sejuknya cuaca di luar sana. Dari pagi hujan turun renyai-renyai tanpa henti dan buatkan perut ni lapar sahaja. 

Untuk menu makan malam, selalunya saya masak lauk yang ringkas sahaja. Contohnya macam hari ni saya masakkan paprik ayam untuk di gandingkan dengan nasi putih dan ini menjimatkan masa kerana tak perlukan banyak lauk sampingan yang lain. Kalau nak tambah pun cuma gorengkan telur dadar atau sosej mengikut permintaan anak-anak.

Sesekali bolehlah cuba masak paprik sendiri di rumah. Di samping menjimatkan dan sedap, kebersihan juga terjaga. Tak susah sebenarnya nak masak paprik ni dan bahan yang di gunakan juga ada di dapur rumah kita. Ada berbagai versi resepi paprik dan kali ini saya ingin kongsikan resepi ini selepas jenguk ke dapur-mamasya.blogspot...cubalah ye. Sedap dan menepati citarasa.



PAPRIK AYAM
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
150 gram isi ayam (direbus)
1/2 inci halia (diracik halus)
3 ulas bawang merah (diracik halus2) - saya gunakan bawang besar
1 batang serai (di ketuk)
4 sudu cili boh
5 helai daun limau purut (disiat2)
6-7 biji cili padi (diketuk)
Kubis bunga
3 tangkai kacang panjang - di potong sepanjang 1 inci
1/2 bayang lobak merah - di potong seperti mancis
Kicap Cap Kipas Udang secukupnya 
2  sudu besar - sos tiram
1 sudu besar sos cili - saya tambah
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Cara memasak:

1. Rebus isi ayam di dalam kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok. Jangan terlalu lama merebus. Seterusnya angkat, toskan isi ayam tersebut dan di potong kecil.
2. Tumis halia, bawang merah, serai sehingga garing dan berbau harum.

 3.Masukkan pula cili boh, kacau hingga wangi.  Selepas itu masukkan kicap, garam dan serbuk perasa(jika suka).
4. Masukkan pula isi ayam yang telah dipotong dan air rebusan tadi kedalam bahan tumisan. (Jika suka kuah pekat campur dgn tepung jagung). Kacau dan biarkan selama 2 minit.

5.Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang dan lobak merah. Kacau sehingga bau dan rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.

#Penggunaan serbuk perasa yang berlebihan tentu tidak baik untuk kesihatan, tetapi masih ada alternatif lain. Sila dapatkan tips mengolah bahan semulajadi pengganti serbuk perasa DI SINI.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)