Assalamualaikum,
Amboi...sejak balik dari shooting dengan TV3 untuk rancangan tajaan Baba's sepi sahaja blog ni kan. Jadi hari ini saya masukkanlah resipi simple kari udang pisang muda, sejenis masakan kampung. Sebenarnya saya masak dan shoot dah lama cuma nak mengarang resipinya dan edit masuk ke blog punyalah bertangguh-tangguh.
Masa saya beli pisang muda ni dipasar ada seorang adik ni dalam usia pertengahan 20an macam tu tegur saya. Dia tanya apa rasanya pisang muda ni, macamana nak masak dan berbagai lagi pertanyaan. Saya bagi link dan pesan nanti tengok resipi di blog. Ada disediakan langkah demi langkah yang mudah. Dan....itu dah hampir sebulan dulu tau. Baru hari ni saya update resipi ni dalam blog dan harap dia membaca. Untuk yang tak pernah merasa isi pisang muda yang dimasak lemak ataupun masak kari, sebenarnya rasa isinya lemak-lemak dan tekstur seperti biji cempedak rebus ataupun ubi keledek macam tu lah. Kalau gandingkan dengan udang lagilah sedap.
Baiklah jom kita layan resipi Kari Udang Pisang Muda dibawah ni.
KARI UDANG PISANG MUDA
Bahan-bahan
300gm udang - saiz sederhana
3 biji pisang muda (saya guna pisang abu) – di kupas kulitnya dan potong
2 labu bawang besar – dimayang
1 sudu teh halba campur
1 biji tomato - dicincang
3 tangkai cili hijau – dibelah dan potong dua
1/2 inci halia – ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 tangkai daun kari
1 cawan air asam jawa
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kunyit
air secukupnya - ikut kepekatan kuah yang diingini
Garam dan gula secukup rassa
Cara membuatnya :
1.
Panaskan minyak didalam kuali, tumis halba campur, daun kari,
cili hijau, bawang besar dan kacau hingga wangi. Masukkan pula tomato dan kacau lagi.
2. Setelah itu masukkan halia dan bawang putih. Jangan lupa masukkan juga pisang muda kedalam bahan tumisan. Kacau lagi hingga semua bercampur.
3. Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili,
air asam jawa serta air secukupnya untuk
kuah.
4.
Renihkan hingga pisang agak empuk barulah
masukkan udang. Perasakan dengan garam dan dan setelah masak
sepenuhnya bolehlah matikan api dapur dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk-lauk yang lain.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)