Assalamualaikum,
Kek yogurt limau kasturi memang memikat selera terutama sekali bagi yang sukakan kek yang tidak terlalu creamy dan manis. Memang ada kelainan dari segi rasanya dari kek lemon ataupun kek oren kerana kombinasi yogurt dan limau kasturi ini memang serasi dan menghasilkan rasa yang unik dan enak.
Kalau suka bolehlah dihias dengan butter cream, cream cheese ataupun sekadar tabur dengan gula icing macam saya buat ini pun tak kurang enaknya. Nak letak topping ganache pun boleh juga...pendek kata terpulanglah kepada kreativiti dan selera masing-masing.
Kalau nak try rasa bolehlah cuba buat sendiri dirumah. Jom kita intai resipi dibawah ini :)
KEK YOGURT LIMAU KASTURI
Bahan A
140gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
110gm mentega
100gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh kulit limau kasturi - di sagat halus
30ml jus limau kasturi
125ml yogurt
Bahan B
2 biji putih telur
secubit garam
40gm gula kastor
Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 170'c. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan seketika.
2. Didalam mangkuk lain, pukul mentega dan 100gm gula sehingga pucat dan gebu. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang disagat sambil diputar lagi.
4. Seterusnya masukkan yogurt dan berselang seli dengan tepung sambil di kacau hingga bercampur menggunakan spatula.
5. Didalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan garam serta gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi hingga soft peak (jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tersebut tidak jatuh).
6. Masukkan putih telur tersebut sedikit demi sedikit kedalam adunan tepung sambil dikaup balik dengan spatula hingga adunan bercampur. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam 35 - 40minit atau sehingga masak. Setiap oven berbeza, kenali oven masing-masing.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)