NESTUM & OATS COOKIES

Assalamualaikum... :)

Tak semestinya bila sampai lebaran baru kita buat biskut, kan? :) Biskut Nestum & Oats ni saya sering sediakan dengan anak gadis saya yang berusia 14tahun tu, di hujung minggu. Ini juga adalah satu cara untuk mengeratkan hubungan atau 'quality time' dengan anak setelah masing-masing sibuk dengan rutin sendiri setiap hari.

Si kecil paling suka dengan biskut ni untuk di bawa bekal ke sekolah dan selalunya dia minta di  lebihkan coklat chips. 


NESTUM & OATS COOKIES


BAHAN A
250gm buttercup
100gm majerin
250gm gula perang

BAHAN B
2biji telur
2sb besar serbuk koko
1sb esen vanilla

BAHAN C
100gm oats
200gm nestum
20gm Kacang tanah di tumbuk kasar
400gm tepung gandum
1sudu teh baking powder

BAHAN D
Chocolate Chips

CARA MEMBUAT 

1. Putar bahan A hingga berkrim
2. Masukkan bahan B dan putar sebentar
3. Campurkan pula bahan C dan gaul rata
4. Bentuk kan adunan, letakkan chocolate chips
6. Bakar dengan suhu 180C selama 15hingga 20minit









2 ulasan:

Sila tinggalkan komen :)