Assalamualaikum,
Selamat Hari buruh untuk semua yang bekerja di sektor perkhidmatan awam, swasta ataupun yang bekerja sendiri. Agaknya surirumah masuk dalam kategori mana ye? Walaupun tidak mendapat gaji setiap bulan dan tidak menuntut bayaran kerja lebih masa, profesion surirumah begitu mulia sekali dan berhak mendapat pengiktirafan dan sokongan dari suami dan anak-anak.
Saya sendiri dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan pengertian oleh ibu yang ber profesion sebagai surirumah sepenuh masa. Saya sebutkan sebagai 'profesion' kerana itulah yang diisi didalam column pekerjaan ibu pada borang sekolah saya ketika itu. Ibu menguruskan semua keperluan, makan minum dan memastikan zaman kanak-kanak saya sentiasa ceria serta mendapat pendidikan agama dan duniawi yang sepatutnya walaupun ayah meninggal dunia ketika saya berusia 7 tahun. Jujurnya saya tidak dapat menandingi perhatian yang ibu berikan dulu dengan yang saya berikan kepada anak-anak kerana hambatan dan komitmen kepada pekerjaan di pejabat dan rumah kadang-kadang hilang titik keseimbangannya.
Sedih pulak bila bercerita tentang masa lalu dan pengorbanan ibu membesarkan kita kan. Hmmm...baiklah berbalik kepada resipi hari ini pula saya ada sediakan Classic Chewy Brownies untuk digandingkan dengan minum petang hari ni. Brownies ini saya buat malam tadi tetapi nampaknya bila dah biarkan semalaman makin sedap rasanya. Jom try buat...resipinya saya ambil di SINI. Saya sediakan juga langkah demi langkah mudah untuk diikuti.
CLASSIC CHEWY BROWNIES
Bahan-bahan
125g mentega
125g coklat masakan - dipatah-patahkan
3 biji telur gred A - dipukul ringan
335gm (1 1/2 cawan) gula kastor
115gm (3/4 cawan) tepung gandum
30gm (1/4 cawan) serbuk coklat
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 180'c. Griskan loyang empat segi bersaiz 8 x 8inci dan lapik dengan kertas.
2. Masukkan mentega dan coklat masakan kedalam periuk dan cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler.
3. Kacau coklat dan mentega hingga sebati dan matikan api dapur.
4. Terus masukkan gula, serbuk coklat, tepung, esen vanilla, garam dan telur dan kacau dengan cepat hingga sebati (Jangan terlebih kacau).
5. Tuang kedalam loyang dan bakar kira-kira 30minit.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)