Assalamualaikum,
Semua orang mengimpikan percutian dengan bajet yang minimum dan tidak membebankan namun ada yang masih berkira-kira setiap sen yang akan di peruntukan untuk tujuan berlibur kerana terkesan dengan perkembangan ekonomi semasa. Sebenarnya masih banyak destinasi menarik di Malaysia yang boleh dilawati tidak kiralah di kawasan Bandar mahupun di pinggir desa dan yang pastinya tempat-tempat percutian ini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan dan berbaloi untuk dilawati sesuai dengan budget rendah dan menjimatkan jika kita tahu caranya.

Salah satu negeri yang menjadi pilihan saya sekeluarga bercuti adalah Melaka kerana selain dapat merehatkan minda, anak-anak juga berpeluang menjelajah kesan peninggalan sejarah yang selama ini mereka belajar di sekolah dan yang penting sekali saya sekeluarga pencinta kuliner. Dah sampai ke Melaka makanan pertama yang dicari adalah Asam Pedas Melaka. Itu belum lagi menu-menu viral lain lagi seperti Mee Bodoh, Roti Canai Kayu Arang, Mee Besen dan berbagai-bagai menu lagi yang wajib dicuba satu persatu sebelum percutian berakhir.
Sebelum bercuti kenalah survey dulu hotel yang selesa dan harga
berpatutan. Apalagi jika merancang untuk bercuti pada cuti umum, hujung minggu
atau di musim cuti sekolah. Memang tak selamatlah rasanya kalau tidak membuat
tempahan dan perancangan awal. Syukurlah dengan perkembangan teknologi terkini hanya
di hujung jari sahaja tempahan awal dapat dilakukan. Selalunya saya survey menggunakan perkhidmatan
traveloka. Dengan adanya hotel murah di traveloka ni menjadikan percutian saya sekeluarga lebih mudah.Saya juga menggunakan perkhidmatan traveloka untuk membuat tempahan tiket pesawat dan bilik hotel jika ada tugas diluar kawasan.
Sebagai destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar Negara, Melaka mempunyai banyak hotel yang menawarkan pelbagai kemudahan sama ada bagi pelancong perseorangan mahupun berkeluarga. Kita dapat membuat pilihan hotel yang bersesuaian dengan jumlah ahli keluarga yang turut serta dalam percutian nanti.
Terdapat banyak hotel yang memberikan pelbagai perkhidmatan mesra pelanggan dan kita tidak perlu risau jika pakaian yang dibawa tidak mencukupi kerana turut tersedia pusat dobi atau cucian kering ataupun kita boleh beli pakaian baru di kedai-kedai cenderahati yang ada di sekitar pusat-pusat pelancongan ini. Bagi saya semua ini harus diambil kira kerana melancong dengan keluarga dan membawa anak-anak yang masih kecil.

Traveloka hotel ini juga dapat memudahkan kita untuk membuat perbandingan antara hotel-hotel yang kita mahukan di destinasi pelancongan yang menjadi pilihan kerana kita boleh menilai melalui harga, rating customers ataupun jarak disetiap pusat-pusat pelancongan. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga jika kita pandai merancang lebih awal. Salah satu hotel yang terdapat di Melaka yang boleh anda pilih melalui traveloka.com ialah Mahkota Hotel Melaka.
Mahkota Hotel Melaka
adalah sebuah apartment servis yang sangat strategik kedudukannya iaitu di
tengah Bandar Melaka yang dekat dengan tempat-tempat bersejarah dan kawasan
tumpuan pelancong. Kami sekeluarga berjalan kaki sahaja untuk menjamu selera,
membeli belah cenderahati dan bergambar di tempat-tempat bersejarah. Bagi anda
yang menginginkan hotel yang bercirikan tradisi gabungan serta tempat yang
menawarkan keselesaan dan perkhidmatan terbaik, maka Mahkota Hotel Melaka
adalah tempat yang patut dipilih. Tempat ini memiliki lebih 350 buah bilik dan
suite yang membolehkan pengunjung memilih untuk menginap sama ada mahukan 1, 2
atau 3 bilik tidur dengan harga berpatutan.
Mahkota Hotel Melaka turut menitikberatkan fasiliti untuk tetamu kurang upaya, kaunter pendaftaran 24 jam, lif, kawasan yang mesra kerusi roda serta pengawal keselamatn 24 jam. Jadi sebarang permasalahan boleh terus buat aduan tanpa berlengah staf hotel akan cuba selesaikan. Pengunjung tidak perlu risau andai tidak fasih berhasa melayu ataupun berbahasa Inggeris kerana terdapat 4 bahasa yang digunakan di sini iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, Mandarin serta Tamil.
Dalam setiap bilik disediakan air botol percuma, pengering rambut, penyaman udara televisyen serta kemudahan seterika yang amat penting terutamanya bagi perempuan untuk tampil kemas dan cantik sewaktu bercuti. Selain itu, turut disediakan kelengkapan tandas serta pancuran untuk keselesaan pengunjung. Di bilik-bilik tersebut juga disediakan bar mini dan pembuat kopi atau teh bagi penggemar minuman panas.
Penginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Melaka. Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini. Penginapan ini juga dinilai baik di Melaka. Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini.
Website atau apps Traveloka memberikan servis yang terbaik dari anda log in sehinggalah anda log out account. Terdapat banyak pilihan hotel di traveloka di seluruh Malaysia yang memberikan harga termurah yang dapat anda pilih.
Mahkota Hotel Melaka bukan sekadar tempat penginapan tetapi juga lokasi pilihan yang tepat untuk sebarang majlis mahupun seminar atau mesyuarat dengan kemudahan kelas pertama yang serba lengkap, moden dan terbaik. Jadi, layari official website atau aplikasi traveloka dan cari Mahkota Hotel Melaka dan tempah Mahkota Hotel Melaka online sekarang. Jangan buang masa dan tenaga anda lagi untuk mencari tempat percutian menarik dan berpatutan jika anda boleh memilikinya semua di sini. Jom tempah hotel dengan harga murah di Traveloka sekarang, segalanya dihujung jari anda.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)