Selamat berhujung minggu untuk semua pengunjung yang sudi masuk ke blog ini. Bagi yang bercuti dah rancang ke nak masak apa untuk keluarga? Kalau saya, alhamdulillah dah siap masak yang ringkas-ringkas je dan salah satu dari lauknya adalah Kari Ketam Tanpa Santan. Walaupun tak letak santan kari ini tetap sedap dan sudah tentu menyihatkan juga. Kari ini juga saya tak letak serbuk kari tetapi hanya guna serbuk kunyit dan serbuk cili.
Bagi yang nak cuba masak dirumah bolehlah ikut resipi dibawah ini :)
KARI KETAM TANPA SANTAN
Bahan-bahan
4 ekor ketam - dibersihkan
4 tangkai cili hijau - di belah dan potong dua
2 pelepah daun kari
3 tangkai daun bawang
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
1/2 inci halia - ditumbuk kasar
1 labu bawang besar - dimayang halus
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
1/2 cawan air asam jawa
3 cawan air
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili (kalau suka pedas boleh letak lebih)
Garam secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar dan kacau dengan sudip hingga berbau wangi.
2. Masukkan daun kari dan daun bawang sambil dikacau sebentar seterusnya masukkan ketam sambil dikacau dan balik-balikkan. Seterusnya masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit serta serbuk cili.
3. Tuang air kedalam kuali dan renih kari hingga mendidih.
4. Perasakan kari dengan garam dan renih lagi hingga kuah agak pekat dan sebati dengan isi ketam.
5. Setelah kari masak bolehlah dihidangkan dengan nasi panas dan lauk pauk yang lain.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)