Assalamualaikum,
Salam jumaat penghulu segala hari. Hari
ini perkongsian resipi bingka ubi kayu
gula merah yang bagi saya sungguh lazat dan lembut . Yang paling saya suka
sekali rasanya juga kurang manis kerana menggunakan gula merah sepenuhnya yang
dicairkan bersama ½ cawan air.
Untuk ubi
kayu parut pula saya tidak perah airnya dan terus sahaja timbang sebaik sahaja
selesai proses memarut.
Kalau nak cuba buat bingka ubi kayu gula
merah yang sedap ini bolehlah lihat resipi dan langkah demi langkah yang saya
sediakan dibawah.
BINGKA UBI KAYU GULA MERAH
600gm ubi kayu - diparut
1 kotak santan (200ml) - Dicampur dengan sedikit air menjadi 1 cawan metrik
1 cawan gula merah - Cairkan dengan 1/2 cawan air dan tapis
30gm mentega - cairkan
1 biji telur - dipukul ringan
secubit garam
Cara membuatnya :
1. Panaskan oven pada suhu 180'c kira-kira 10minit sebelum membakar bengkang.
2. Parut ubi kayu dan timbang sebelum masukkan kedalam mangkuk besar. Tuang air gula merah kedalam mangkuk tersebut diikuti oleh telur, garam dan mentega cair
3. Kacau campuran ubi kayu parut dan bahan-bahan tersebut hingga bercampur rata.
4. Sapu 1/2 sudu besar mentega didasar dan bahagian tepi loyang dan panaskan sebentar. Seterusnya tuang adunan kedalam loyang
5. Bakar kira-kira 1 jam atau sehingga masak dan setelah bengkang sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)