PUDING HORLICK COKLAT

Assalamualaikum, 

Salam pagi jumaat penghulu segala hari. Di Langkawi hujan lebat malam tadi dan pagi ni pun sejuk je cuaca diluar sana. Matahari pun masih malu-malu nak menunjukkan diri walaupun dah hampir 11.00pagi ketika entry ini ditulis. Tapi...awalnya gambar dessert Puding Horlick Coklat masuk ke blog pagi ni, kan? Hihihi...cuaca sejuk begini pun sedap kalau dapat makan puding apatah lagi setelah seharian berpuasa nanti.

Ini adalah resipi yang patut dicuba pada bulan ramadhan yang bakal menjelang kerana rasanya yang sangat sedap. Untuk rasa puding yang lebih mewah, boleh gunakan serbuk koko yang berjenama untuk lapisan coklatnya...mesti lagi puas hati.

Seperti biasa resipinya sangat mudah dan sesiapapun boleh buat asalkan ikut resipi dan langkah demi langkah yang saya sediakan dibawah ini.

PUDING HORLICK COKLAT 
Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar 
6 cawan air 
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair 
1/2 cawan horlick 
1/2 cawan serbuk koko - saya guna van Haunten 

Cara membuatnya: 

1. Masukkan air dan serbuk agar-agar kedalam periuk dan nyalakan api dapur.

2. Masukkan juga gula serta susu cair dan masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih. 



3. Setelah itu bahagikan kepada dua bahagian dan campurkan satu bahagian dengan serbuk koko serta satu bahagian lagi dengan serbuk horlick. Kacau sehingga larut



4. Tuang larutan coklat terlebih dahulu kedalam acuan/loyang. Setelah agak keras, tuang pula larutan horlick dan sejukkan. Untuk rasa yang lebih segar, simpan didalam petisejuk sebelum dihidangkan.



Tips : Basahkan loyang terlebih dahulu sebelum tuang larutan puding. Ini untuk memudahkan puding dikeluarkan dari loyang setelah beku. Jika larutan puding untuk lapisan kedua membeku sementara menunggu lapisan pertama keras, panaskan sekali lagi sebelum mula melapis. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)