Assalamulaikum,
Apa perasaan kita ketika tak ada di rumah, orang asing
yang tak dikenali menceroboh masuk dan ambil barangan kesayangan kita tanpa izin
walaupun sebelum meninggalkan rumah aspek keselamatan telah diambil dan pintu
juga telah dikunci. Mesti sedih dan kecewa, kan.
Begitu juga halnya dengan blog kesayangan ni. Tujuan asal
saya wujudkan blog ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada orang yang ingin
belajar atau berniaga kecil-kecilan dengan resipi yang saya kongsi. Sebab itu
saya sertakan langkah demi langkah untuk memudahkan lagi pemahaman. Seronok dapat feedback dari pembaca bila resipi dan ilmu tak seberapa yang
dikongsikan memberi manafaat dan apa yang dimasak menjadi.
Gambar dari Google
Tapi semenjak
kebelakangan ini banyak page-page resipi yang wujud bagai cendawan lepas hujan
di facebook tanpa segan silu copypaste gambar yang ada dalam blog
ini dan share di page masing-masing. Bukan satu dua gambar malah ada yang ambil
100% gambar-gambar dari blog saya tanpa minta izin dan tanpa bagi link. Pemilik
page ini juga menjalankan perniagaan. Semalam jumpa dua page tapi Admin dah padamkan gambar-gambar tu, hari ini jumpa 3 page lagi yang melakukan hal yang
sama. Sebelum ini juga ada yang klon blog ini dan ceritanya saya kongsikan
DISINI minggu lepas. Alamak tanpa saya sedari...blog ini dah jadi tempat orang
cari makan atas angin rupanya.
Ilmu yang sedikit ini memang tak kemana kalau disimpan sendiri...dan ada
yang kata redha dan ikhlaslah kerana itu saham akhirat. Saya memang ikhlas
tetapi perkongsian hanya di blog ini, tempat saya "cari makan" dan ianya PERCUMA. Kalau saya tak
ikhlas tak adalah di sertakan gambar dan cara memasak langkah demi langkah.
Gambar itu saya ambil sendiri sambil memasak. Memang mencabar kerana saya juga
ada kerjaya lain dan keluarga yang perlu diuruskan bukan blogger sepenuh masa.
Tetapi saya buat kerana minat dan niat untuk mengajar.
Saya juga tak melarang sesiapa yang share link entry dari
facebook saya ke blog ini. Yang saya kesalkan siap wujudkan page sendiri dan gigih copy paste semua gambar-gambar disini walaupun saya setting kepada 'disable copy' dan tanpa meminta izin terlebih dahulu.
Hmm entahlah, isu plagiat gambar-gambar di blog masakan ni memang masalah lama yang sentiasa berulang-ulang. Bukan sahaja blogger masakan, blogger-blogger lain pun pernah menulis tentang isu ini. Letih sebenarnya nak layan benda yang berulang-ulang macam ni. Dulu saya selalu terbaca luahan rasa kecewa Cik Mat Gebu, tentang kes-kes plagiat di blog beliau...sekarang blog picisan yang setahun jagung macam saya ni pula menjadi mangsa, memang sakit hati.
Kepada pengunjung blog ini saya nak sampaikan pesanan, silalah cuba segala resipi yang ada di dalam ini. Nak print pun boleh. Yang DILARANG KERAS adalah mengambil keluar gambar-gambar masakan di blog ini tanpa persetujuan saya, apalagi untuk tujuan perniagaan. Cubalah beretika didalam mengendali media sosial dan hormati karya para blogger.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)