Assalamualaikum,
Kita dikejutkan dengan kejadian kren tumbang di masjidil haram di percayai berlaku akibat angin kencang dan khabarnya ada Jemaah Haji dari Malaysia yang cedera. Al fatihah untuk semua jemaah haji yang terlibat dan kita di Malaysia pun turut berdukacita dan cemas apalagi ada keluarga dan sahabat handai yang menunaikan ibadah haji musim ini. Kita disini mendoakan semoga semuanya lancar, di beri kesihatan yang baik dan mendapat haji yang mabrur.
Selamat berhari minggu juga untuk pembaca yang sudi masuk ke blog ini. Hari ini baru merasa cuaca panas di Langkawi setelah seminggu hujan turun diawal pagi ataupun lewat petang. Alhamdullilah bila cuaca baik seperti hari ini dapatlah beriadah dengan keluarga kerana hari ahad memang saya bercuti. Tetapi anak-anak tetap ke sekolah sebab di Kedah cuti mingguan adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah selepas sarapan tadi saya ada buatkan agar-agar santan pandan. Habiskan stok daun pandan terakhir yang mula layu di dapur jadi saya buatkan saja agar-agar ini dan simpan didalam peti sejuk. Boleh juga anak-anak ulang makan nanti.
Resipi agar-agar ini mudah sahaja macam kita selalu buat. Cara sukatan air pun memang dah tersedia di pek agar-agar yang dibeli, saya cuma ubahsuai sahaja ikut bahan-bahan yang ada didapur rumah ini. Saya kongsikan juga resipi di blog ini untuk rujukan anak gadis saya dimasa depan dan bagi adik-adik yang mula belajar memasak diluar sana. Jom kita lihat... :)

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
Bahan-bahan
25gm agar-agar tali (strips)
1500ml air
1 cawan gula pasir
1 cawan air daun pandan (Kisar 3 helai pandan dengan 1 cawan air dan tapis)
1 biji telur gred A
dua ketul gula batu - sebesar ibu jari tangan (pilihan)
dua ketul gula batu - sebesar ibu jari tangan (pilihan)
1 cawan santan segar
Cara membuatnya:
1. Masak agar-agar dengan air, gula pasir dan gula batu hingga larut.
2. Masukkan air pandan. Jika warna hijau kurang menyerlah boleh juga titiskan sedikit pewarna hijau.
3. Pukul telur dengan santan, kemudian tuang ke dalam periuk agar-agar tadi.
4. Kacau hingga santan dan telur masak (saya gunakan api sederhana) dan bolehlah padamkan api dapur serta tuangkan agar-agar ke dalam loyang.
5. Bila agar-agar dah sejuk, masukkan kedalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
# Kegunaan gula batu didalam agar-agar adalah untuk mengelakkan agar-agar dari berair bila dah keras.
# Kegunaan gula batu didalam agar-agar adalah untuk mengelakkan agar-agar dari berair bila dah keras.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)