BROWNIES NUTELLA - HANYA GUNA 3 BAHAN

Assalamualaikum,

Brownies Nutella yang hanya menggunakan 3 jenis bahan ini memang sangat-sangat sedap. Itu yang boleh saya katakan. Mesti ada yang ragu-ragu untuk mencuba kerana tiada sebarang serbuk penaik di gunakan, maklumlah Nutella ni boleh tahan juga harganya, buatnya brownies tak menjadi kan sayang jika terbuang begitu sahaja. Itu jugalah yang berlegar di fikiran saya sebelum mencuba.

Tetapi lega rasanya apabila brownies ini cantik saja naik dan gebu pula teksturnya sebaik keluar dari oven. Brownies ini memang sangat sedap dan mudah di buat. Cuma kacau tiga bahannya dan bakar. Resepinya saya ambil di SINI. Jom lihat caranya :)

BROWNIES NUTELLA - HANYA GUNA 3 BAHAN
Bahan-bahan
1 cawan (280gm) Nutella
2 biji telur 
62gm tepung gandum

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati dengan menggunakan spatula.

2. Tuang adunan brownies kedalam cawan muffin.

3. Jika ingin lebih sedap, boleh juga taburkan dengan hirisan almond, hazelnut atau apa juga jenis kekacang pilihan selera anda.

4. Seterusnya bakar selama 30minit dengan suhu oven 180'c atau sehingga masak. Tiap oven mungkin berbeza. Uji samaada ia telah masak atau belum dengan mencucuknya dengan lidi di tengah-tengah brownies tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)