RICH DOUBLE CHOCOLATE BROWNIES

Assalamualaikum,

Dah banyak hari tidak update blog, rindu pula rasanya. Kesibukan tugas di pejabat sepanjang cuti sekolah ni memang tidak mengizinkan saya menjenguk ke blog kesayangan ini. Lagi pula Malaysia masih lagi bersedih dengan cerita kehilangan pesawat MH370 buatkan kita sebagai rakyat turut merasakan dukacita, sedih dan kehilangan. Saya ikut prihatin dan rasa kurang bersemangat nak 'sharing' resepi sehari dua ini.

Hari ini pula saya sekadar berkongsi resepi yang ada dalam simpanan dan dah lama saya buat iaitu rich double chocolate brownies di atas permintaan teman anak saya yang ingin mencubanya. Resepi ini pula di ambil dari blog mamasya dan memang sedap sekali. Penuh rasa coklat.

Sebenarnya membuat brownies ni agak mudah, tidak seperti kek dan tidak perlu takut ianya tidak menjadi. Hanya campurkan semua dan kacau dengan hand whisk dan di bakar. 
Rich Double Chocolate Brownies
sumber : Dapurmamasya

237gm mentega cair
3/4 cawan gula 
1/2 cawan gula perang
3/4 cawan serbuk koko
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1/2 sudu kecil garam
1 1/4cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder 
1 cawan chocolate chips
1/2 cawan kacang campuran - saya lebihkan (sedap banyak kacang)
Cara membuatnya :

1. Panaskan oven 160'c. lenserkan loyang 9x9 dengan mentega dan ketepikan seketika.

2. Sementara itu cairkan mentega di dalam periuk sederhana dan sejukkan seketika. Masukkan gula, serbuk koko, telur dan esen vanilla sambil di kacau dengan 'hand whisk'.
3. Bila semuanya bercampur, masukkan garam dan tepung yang di campur dengan baking powder. Kacau lagi dan akhir sekali masukkan coklat chips dan kekacang.
4. Bakar dalam 25-30minit (bergantung pada oven masing-masing). Brownies telah masak sepenuhnya jika tiada sisa adunan yang melekat di lidi setelah di  cucuk di tengahnya untuk menguji, dan ia sepatutnya ranggup di atas dan di tepinya  merenggang dari loyang.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)