QUICK BANANA MUFFIN

Assalamualaikum, 

Rasanya dah lama juga saya tidak membuat muffin sebagai sarapan pagi. Bagi anda yang sentiasa sibuk tetapi masih ingin menyediakan sarapan yang enak untuk anak-anak, quick banana muffin ni memang sesuai. Mudah dan cepat di sediakan. Satu kepuasan bila melihat anak-anak teruja menikmati muffin yang masih panas, baru di keluarkan dari oven.

Resepi asalnya saya ambil dari blog HomeKreation, ketika mencari idea untuk buat sarapan pagi paling cepat dan mudah, berasaskan pisang untuk anak-anak. Terima kasih kepada Along roz untuk resepi ini. Izinkan saya berkongsi sekali lagi di sini pada yang ingin mencuba :)
QUICK BANANA MUFFIN
Bahan-bahan
170gm Pisang
¾ cawan Gula Kastor / Perang
1 biji Telur - di pukul sedikit
⅓ cawan Mentega Cair
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda biarbonat*
½ sudu teh garam halus*
1½ cawan Tepung Gandum* (* ayak sekali) 

Cara membuatnya:

1. Lecek pisang dan gula sehingga hancur. Masukkan telur, mentega cair & gaul sebati.
2. Masukkan bahan-bahan yang di ayak* sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Sudukan ke dalam cawan kertas.

4. Taburkan coklat rice berwarna sebagai hiasan.
3. Bakar 180C selama 15-20 minit ( bergantung pada saiz cawan muffin) sehingga masak. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)