Assalamualaikum,
Suka tak makan cendawan goreng? Pasti ramai yang suka kalau cendawan yang di goreng tepung itu ranggup dan tidak berminyak. Kalau makan kat restoran seafood yang menyediakan cendawan goreng tepung ni hasilnya memang ranggup, tapi bila kita buat sendiri di rumah, ada kalanya cendawan tersebut menjadi lembik dan berminyak.
Bila buat carian di google ada yang memberi petua cendawan itu tidak perlu di basuh terlebih dahulu dan langsung sahaja salut dengan bancuhan tepung dan goreng. Tapi, sanggup ke tidak membasuh cendawan yang di beli dari pasar basah yang tidak di jamin kebersihannya? kadangkala saya lihat peniaga hanya lambak cendawan yang di jual dan belum di kira lagi dengan lalat yang berterbangan. Lainlah jika kita sendiri yang tanam cendawan tersebut, pasti kebersihannya terjaga.
Petua yang saya gunakan adalah membasuh cendawan itu terlebih dahulu dan perah agar keluar air basuhan yang di serap tadi. Jika cendawan itu agak lebar, bolehlah di siat-siat sedikit sebelum di celup ke dalam bancuhan tepung dan mula menggoreng dengan minyak panas.
Selalunya nak cepat saya gunakan tepung segera yang di jual di pasaraya dan hasilnya tetap ranggup dan sedap. Tapi kalau tak ada tepung goreng di rumah, boleh juga mencuba resepi di bawah ni.
CENDAWAN GORENG TEPUNG YANG RANGGUP
Sumber : Puan Bee
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 cawan air sejuk (dalam peti ais tu)
1 sudu besar mentega
Sedikit lada sulah
Garam secukupnya
250g cendawan - di basuh dan perah
1. Kisar bahan di atas hingga menjadi adunan dan tuang ke dalam mangkuk besar.
2. Panaskan minyak , cukup-cukup untuk goreng dan tenggelamkan cendawan tu , celup cendawan dalam tepung yang telah dikisar dan goreng sampai kekuning-kuningan.
3. Angkat dan toskan. Boleh lah di hidangkan dengan sos atau mayonis. Saya suka gandingkan dengan sos cili thai.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)