Assalamualaikum,
Perkongsian resipi pemanis mulut untuk petang ini adalah Puding Keladi Selasih. Maaflah hari ini saya tidak dapat bercerita panjang sebab sehari dua ini termasuk juga hari ini saya agak sibuk dengan jadual kerja harian. Langsung sahajalah kita layan resipi puding Keladi Selasih yang saya sediakan step by step dibawah ini ye dan selamat mencuba ❤❤❤
PUDING KELADI
SELASIH
Bahan A
10gm agar-agar bertali
3 ½ cawan air
½ cawan gula pasir
1 paket sumi
2 sudu besar biji selasih (Rendam dalam air
panas hingga kembang)
Cara membuatnya :
1. Masak
agar-agar dengan air hingga larut. Setelah itu masukkan gula dan masak sebentar
hingga mendidih dan matikan api dapur.
2. Masukkan biji selasih kedalam agar-agar, kacau hingga sebati dan matikan api dapur.
3. Sediakan
Loyang saiz 8 x 8inci, susun sumi dalam loyang, tuang agar-agar perlahan-lahan atas sumi hingga
habis dan biarkan sederhana beku.
Bahan B
10gm agar-agar bertali
1 ½ cawan air
½ cawan gula pasir
1 tin susu cair
Secubit garam
2 sudu besar pes keladi (double lion)
Cara membuatnya :
1. Masak
agar-agar dengan air hingga larut. Setelah itu masukkan gula dan masak sebentar
hingga mendidih. Masukkan pula susu cair, secubit garam dan dua sudu besar pes
keladi.
2. Akhir
sekali tuang agar-agar tersebut kedalam Loyang tadi dan sejukkan seketika
sebelum masukkan kedalam peti ais.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)