Assalamualaikum,
Lama tak update blog sedangkan masih ada gambar masakan yang lama tersimpan belum di masukkan kedalam entry. Bagi saya awal tahun ini memang sibuk sedikit dan bagaikan tak cukup masa untuk menguruskan segalanya. Di tambah pula dengan kesihatan yang kurang mengizinkan.
Alhamdulillah, hari ni bercuti dan ada kesempatan dapatlah berkongsi resepi ringkas ala Thai, iaitu daging masak phat phet.
Kalau kita makan di restoran Thai, mereka menggunakan ayam untuk masakan ini tetapi selalunya pedasnya minta ampun. Mungkin lidah kita tak tahan dengan rasa pedas kerana masakan ini menggunakan cilipadi sepenuhnya. Untuk resepi ini saya kurangkan cilipadi dan gantikan dengan cili merah agar anak-anak boleh ikut menikmatinya dengan aman :D
Baiklah bagi yang ingin mencubanya resepi ada di bawah ini.
DAGING MASAK PHAT PHET
Bahan A - Di tumbuk halus
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
4 batang serai - dihiris nipis
1/2 sudu besar lada hitam
10 tangkai cilipadi - kurangkan kalau tak tahan pedas
2 tangkai cili merah
1/2 inci belacan
Bahan B
1/2 kilogram daging lembu - di hiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air asam jawa
2 helai daun limau purut
3 tangkai kacang panjang - di potong sepanjang 1 inci
Minyak untuk menumis
Cara:
1. Tumbuk semua bahan A sehingga hancur dan halus. Boleh juga gunakan mesin pengisar.
2. Tumis bahan yang di tumbuk tadi, kacau seketika sampai naik bau dan garing sedikit.
3. Masukkan daging dan kacau hingga sebati dan daging separuh masak.
4. Seterusnya masukkan kacang panjang sambil di kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan air asan jawa,garam,gula dan daun limau purut.
Tambah air lagi jika inginkan lebih kuah.
6. Renihlah hingga masak dan bolehlah matikan api dapur.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)