Assalamualaikum,
Salam pagi jumaat yang penuh dengan keberkatan. Hari ini saya ingin berkongsi resepi Kek Tiramisu Kukus yang sangat mudah, tetapi sedap. Sesuai sangat sebagai hidangan sampingan di sebarang majlis atau sekadar buat untuk makan-makan dengan keluarga tercinta. Tak perlu keluarkan modal yang besar pun untuk Kek ini kerana bahan-bahannya ada di dapur rumah kita.
Baiklah bagi yang berminat untuk mencuba, resepinya ada di bawah ini.
KEK TIRAMISU KUKUS
4 biji telur - Gred A
150gm Gula halus
1/2 sudu teh ovelette
150gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
100ml minyak masak
200ml santan kotak - (Jangan campur air)
Bahan untuk lapisan :
Kopi cappuchino (3 in one) 1 sachet larutkan dengan 2 sudu besar air panas
2 sudu besar serbuk coklat
Cara membuatnya:
1. Pukul telur, ovellette dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan pula tepung gandum yang di ayak terlebih dahulu dengan baking powder sedikit demi sedikit di dalam adunan sambil di pukul lagi.
3. Masukkan minyak dan santan berselang seli sambil di pukul lagi.
4. Bahagikan kepada tiga mangkuk. Adunan 1 di biarkan kosong, atau jika suka boleh juga di campurkan sedikit keju cheddar yang di parut. Adunan 2 di campurkan dengan serbuk kopi cappucino dan Adunan 3 di campurkan dengan serbuk coklat.
5. Kukus lapisan 1 dan 2 masing-masing selama 10minit, seterusnya untuk lapisan ke 3 hendaklah dikukus selama 20minit.
6. Bila kek telah sejuk, bolehlah di hias dengan 'butter cream' dan boleh juga di tabur dengan keju parut mengikut citarasa masing-masing. Untuk resepi butter cream mudah, boleh lihat di SINI.
# Saya guna loyang bersaiz 6inci x 6inci. Pastikan loyang tersebut sudah di sapu mentega dan tabur dengan tepung terlebih dahulu untuk mengelak daripada kek melekat.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)