Assalamualaikum,
Comel tak mini rainbow cake roll ni? Sesuai sangat untuk majlis harijadi anak-anak. Senang nak makan dengan saiz yang comel macam ni. Bahan-bahan yang di gunakan untuk resepi mini rainbow cake roll ni tak banyak cuma proses melapisnya, potong serta gulung tu mungkin mencuri sedikit masa anda.
Resepi ini saya dapat dari teman baik dari Surabaya, Aisha Sulastri :) Dia buat memang cantik dan kemas, taklah comot macam cake roll saya ni.
Kunci utama untuk hasilkan mini rainbow cake roll ni adalah sabar dan teliti. Agaknya dua benda tu agak kurang pada saya, maklumlah terkejar dengan kerja di pejabat yang agak sibuk sehari dua ni kerana ramai pelancong yang masuk ke Langkawi memang agak melelahkan. Sampai tak punya waktu untuk update blog.
Baiklah, bagi yang berminat nak cuba, jom kita lihat resepi :)
Bahan A
300 gm gula kastor
12 kuning telur
8 putih telur
2 sudu teh ovelette
Bahan B
160gm tepung gandum
40gm tepung jagung
1sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam halus
Bahan C
200ml minyak masak
Cara membuat :
1. Guna loyang ukuran 26x26x6cm,sapu dengan minyak dan alas dengan kertas kek. Ketepikan seketika.
3. Putar bahan A sampai sebati dan gula hancur,masukkan bahan B seterusnya tuang bahan C dan kacau rata.
5. Seterusnya tuang warna pertama ke dalam loyang, kukus dalam 7-10minit. Tuang lagi warna kedua,dan seterusnya sampai adunan habis. Akhir sekali kukus lebih kurang 15-20 minit.
6. Setelah kek masak ,keluarkan dari loyang dan potong
memanjang dengan lebar 1/2cm, sapu dengan jem atau buttercream,gulung.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)