AGAR-AGAR MERAH - Walaupun klasik masih di gemari

Assalamualaikum,

Agar-agar merah ni merupakan menu pencuci mulut yang paling rigkas dan 'evergreen', dari zaman mak-mak kita dulu. Selalunya agar-agar ni di hidangkan ketika berbuka puasa atau di jadikan agar-agar kering juga sebagai hidangan pemanis di hari raya. 

Ia juga menjadi pilihan ketika tiada selera makan atau mulut terasa pahit akibat demam atau tak sihat. Kiranya zaman dulu, inilah pencuci mulut yang popular. Zaman sekarang ni, dah banyak resepi puding yang di pelbagaikan resepinya.

Baiklah, ada ke yang tak tahu masak agar-agar merah klasik ni? Kalau kat rumah ni, memang ada...anak dara saya yang seorang tu memang tak tahu memasaknya, tapi suka makan agar-agar ni. Jadi saya kongsikan resepi yang mudah ini di sini, senang nanti dia nak buat dan masukkan ke dalam peti sejuk. Balik dari sekolah dah ada pencuci mulut yang sejuk dan segar.

Resepi saya di bawah ni, menggunakan agar-agar serbuk bungkus besar dan selalunya saya buat banyak, tuang kedalam acuan dadih dan masukkan kedalam peti sejuk. Jadi senang anak-anak menikmatinya. Boleh kurangkan kepada separuh sukatan kalau tak nak buat banyak.  
Agar-agar Merah 
Bahan-bahannya
25 gram agar-agar serbuk 
1.5 liter air 
1 cawan gula pasir 
3 helai daun pandan - di koyak dan simpul 
2 sudu teh pewarna merah (kalau suka boleh gantikan dengan sirap ros)

Cara membuatnya:

1. Masukkan air ke dalam periuk dan campurkan dengan agar-agar serbuk.
 2. Masak hingga agak mendidih, masukkan pula gula sambil di kacau hingga sebati dan gula hancur. Masukkan juga daun pandan untuk aroma yang wangi dan pewarna merah.
3. Sediakan loyang dan untuk memudahkan agar-agar di keluarkan nanti, basahkan sedikit loyang terlebih dahulu sebelum di tuang larutan agar-agar.

4. Tapis agar-agar yang telah mendidih dengan sempurna tadi kedalam loyang dan sejukkan sebentar.

5. Agar-agar ini lebih sedap jika di hidangkan sejuk. Masukkan sebentar kedalam peti sejuk sebelum menghidangnya. 

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)