Assalamualaikum,
Apa khabar pembaca setia blog fizalgk dan rakan-rakan sekalian. Wah ini entri pertama bulan Februari 2018. Dah tidak berminat untuk berblogging ke fizalgk ni? Hihihi..ada tau follower yang bertanya begitu kat saya. Eh siapa kata saya tidak berminat? Masih lagi bersemangat membara walaupun pentas berblogging ini kurang bahangnya seperti Instagram, facebook dan media sosial yang lain, menulis di blog tetap mendatangkan kepuasan tersendiri. Cuma...itulah kadang-kadang kekangan masa agak terbatas.
Untuk hari ini saya ingin kongsikan resipi ayam goreng Hat-Yai ataupun kalau di terjemahkan kedalam bahasa Thailand di panggil Gai Tod Hat-Yai. Ayam goreng ini di gandingkan dengan pulut dan bawang goreng dan rasanya yang berempah serta rangup benar-benar menggoda selera. Jom kita try resipi yang saya sediakan dibawah ini dan jangan lupa untuk mencuba tau.
AYAM GORENG HAT-YAI @ GAI TOD HAT-YAI
Bahan Tumbuk - A
1 kilogram ayam
8 ulas bawang putih
4 tangkai akar beserta batang pokok ketumbar
1 sudu teh lada hitam
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk cili Baba's
Bahan B
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
Cara membuatnya :
1. Tumbuk lada hitam, akar ketumbar serta bawang putih hingga hancur dan masukkan rempah-rempah lain seperti serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk cili baba's. Tumbuk lagi hingga benar-benar halus.
2. Pindahkan bahan yang ditumbuk tadi kedalam mangkuk besar dan masukkan kesemua bahan-bahan B iaitu gula, garam, baking soda, sos tiram dan kicap cair. Kacau hingga sebati dan masukkan ayam kedalam bahan tersebut sambil digaul rata.
3. Tutup mangkuk tersebut dengan plastik cling dan perap iaitu simpan semalaman didalam peti sejuk untuk digoreng keesokkan harinya.
BAHAN UNTUK MENGGORENG
2 cawan minyak masak
½ cawan bawang merah yang telah siap dimayang
½ cawan tepung serbaguna@gandum
½ cawan air (larutkan dengan secubit kapur makan)
beberapa titis pewarna makanan merah - jika suka
1. Gaul bawang merah yang dimayang dengan sedikit garam dan biarkan selama satu jam diatas tisu dapur. Tujuannya agar tiada sisa-sisa air pada bawang tersebut.
2. Keluarkan ayam yang diperap dari peti sejuk dan masukkan ½ cawan tepung serbaguna@gandum dan ½ cawan air (yang telah larutkan dengan secubit kapur makan). Gaul hingga semua bercampur dan biarkan selama 30minit.
3. Panaskan minyak (api sederhana) dan goreng bawang merah yang telah dimayang tadi. Setelah kekuningan angkat dan toskan.
4. Besarkan sedikit api dapur dan goreng pula ayam yang telah diperap hingga masak dan kuning keemasan. Angkat ayam goreng tadi dan toskan didalam penapis yang telah dilapik tisu dapur. Hidangkan dengan pulut dan sos cili Thai.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)