HERSHEY'S BLACK MAGIC CAKE

Assalamualaikum, 

Selamat berhujung minggu untuk semua dan wow...kalau pembaca perasan dah lama benar saya tidak muncul di media sosial kebelakangan ini. Bukan disengajakan tetapi ada beberapa perkara yang harus diselesaikan dan saya memilih untuk menyepikan diri seketika. Tetapi rindu tetap ada untuk berblogging. Ada banyak lagi sebenarnya entry terbengkalai dalam draft yang belum publish dan inshaAllah saya akan release satu persatu selepas ini.

Sekali lagi terimakasih kepada pembaca dan follower yang tetap setia masuk ke blog ini setiap hari. 

Baiklah untuk entry hari ini, adalah kek Hershey's black magic cake yang saya buatpun dah agak lama, atas permintaan anak sulung yang balik bercuti bulan lepas kalau tak salah.

Kalau tak guna serbuk koko hershey's boleh je tukar dengan serbuk koko jenama lain ikut selera tetapi taklah dipanggil hershey's black magic cake lagi kan. Ok jom lihat step by step dibawah ni :) 

HERSHEY'S BLACK MAGIC CAKE
Sumber : hersheys.com

Bahan-bahan
2 cawan gula pasir 
1/2 cawan minyak sayuran 
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan buttermilk
2 biji telur - Gred A
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan kopi ( saya larutkan 2 sudu teh nescafe kedalam 1 cawan air mendidih)
3/4 cawan serbuk koko HERSHEY'S 
1  3/4 cawan tepung gandum

* Untuk menghasilkan buttermilk : campur 1 sudu besar cuka kedalam 1 cawan susu cair

Cara membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 180'c. lengser loyang dengan mentega dan tabur dengan tepung/serbuk koko. Ketepikan seketika.
2. Didalam mangkuk besar, campur gula, tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam halus.

3. Masukkan pula telur, buttermilk, kopi, minyak dan esen vanilla. 
4. Pukul dengan kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit (adunan agak cair).
5. Tuang didalam loyang dan bakar dalam 40minit atau sehingga kek masak. Setiap oven berbeza.

Setelah kek sejuk, bolehlah dihias dengan Topping. Boleh guna resipi topping yang anda paling suka. Kalau saya hanya buat yang simple sahaja sebab sebaik kek sejuk anak-anak dah tak sabar dah nak makan.

Topping - Resipi simple
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar mentega

Cara membuatnya :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masakkan atas api kecil hingga berkilat serta pekat dan bolehlah dihias atas kek.