Assalamualaikum,
Salam pagi jumaat, penghulu segala hari. Menu hari ini paling simple tapi sedap makan dengan nasi panas, iaitu tempe goreng kicap. Menu ini kegemaran anak saya yang bongsu...kalau ada tempe goreng kicap ni dengan telur mata kerbau pun dah cukup untuk dia. Lagipun eloklah masukkan tempe dalam diet harian kerana kandungannya kaya dengan khasiat dan vitamin untuk kesihatan.
Resipi ada dibawah ni bagi yang ingin mencubanya...hihihi, simple sangat-sangat. Semua orang mesti tahu cara nak masak ni dan kalau suka bolehlah tambahkan kacang goreng ataupun ikan bilis goreng pun sedap juga. Yang saya masak dibawah ni versi apa yang ada didapur sahaja.
TEMPE GORENG KICAP
1 bungkus tempe
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
2 batang serai
3 cm halia
3 cm lengkuas
1 sudu makan jus asam jawa
3 sudu makan kicap manis
5 gm gula melaka - di hiris
Cara membuatnya:
1. Mayang halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi. Ketepikan seketika.
2. Selepas itu hiris tempe nipis dan memanjang.
3. Goreng tempe hingga garing dan toskan. Jika suka masukkan juga kacang tanah yang digoreng terlebih dahulu.
4. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan yang dimayang halus tadi. Masukkan juga gula melaka kedalam tumisan.
5. Seterusnya masukkan kicap manis dan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng dan gaul rata. Masak sebentar hingga kering dan matikan api dapur.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen :)