AMERICAN CHOCOLATE BROWNIES

Assalamualaikum,

American chocolate brownies antara brownies yang simple dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Bagaimana dengan rasanya? Mmmm...sedapnya alahai. Kalau letak topping lagilah asyik menikmatinya. Sedar-sedar dah berketul-ketul masuk ke mulut.

Untuk satu adunan dibawah ni saya gunakan loyang bersaiz 9inci, dapatlah 54ketul brownies . Saya syorkan gunalah cutter yang dibeli dari kedai peralatan kek untuk potongan yang yang cantik dan sama saiz. 

Jom kita lihat resipi American Chocolate Brownies dibawah ni...mungkin anda boleh cuba buat sendiri dirumah.
AMERICAN CHOCOLATE BROWNIES
Saiz loyang : 9 inci 

Bahan-bahan 
200gm Coklat masakan - cincang 
175gm mentega
200 gula perang
130gm tepung gandum
3 biji telur - Gred A - pukul ringan menggunakan garfu


Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170'c 

2. Cairkan mentega dan coklat masakan menggunakan kaedah double boiler.

3. Setelah cair sepenuhnya masukkan gula perang dan kacau hingga gula hancur. 

4. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit hingga semuanya bercampur.

5. Seterusnya masukkan telur dan kacau lagi hingga adunan bercampur rata.

6. Tuang adunan kedalam loyang yang telah dilapik kertas terlebih dahulu dan bakar selama 35minit atau sehingga masak. Jangan terlebih bakar kerana brownies akan menjadi keras.
7. Setelah brownies sejuk, bolehlah dihias dengan topping coklat.

TOPPING
200gm coklat masakan
60ml susu segar 
1 sudu besar mentega
* Campur semuanya dan kacau hingga cair dengan kaedah double boiler.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen :)