KEK MENTEGA VANILLA

Assalamualaikum,


Hmm...entry kek lagi nampaknya petang ini. Kalau ada masa lapang saya memang suka buat kek dan Kek Mentega Vanilla ini saya  bawa ke pejabat untuk dinikmati semasa tea break dengan teman-teman sekerja.  

Ia hanyalah sejenis kek yang simple dan membuatnya pun tidaklah sesukar mana walaupun anda seorang beginner yang baru nak cuba-cuba membuat kek yang pertama. Asalkan ikut semua step by step yang saya sediakan dibawah ini, InshaAllah...gerenti menjadi.

Amacam..teringin nak try ke? Jom lihat bahan-bahan yang digunakan dibawah ni.
KEK MENTEGA VANILLA
Saiz loyang : Saya juga 7 inci 

Bahan-bahan
125gm mentega
3 biji telur - Gred A
¾ cawan gula kastor 
1 sudu besar esen vanilla
¾ cawan susu segar
1 ½ cawan tepung naik sendiri 

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 190'c dan sediakan loyang.

2. Masukkan mentega dan susu segar kedalam periuk dan panaskan diatas api dapur. Setelah mentega cair, tutup api dapur dan biarkan mentega sejuk.

3. Sementara itu pukul telur dengan esen vanilla sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga gula larut dan adunan menjadi ringan dan gebu (ribbon stage)

4. Masukkan pula tepung berselang-seli dengan mentega cair yang telah sejuk dan kacau hingga sebati.

5. Tuang kedalam loyang dan bakar selama 45minit atau sehingga masak (setiap oven berbeza, kenali oven anda)