Assalamualaikum dan selamat pagi.
Sarapan apa agaknya pagi ini ya? Jangan abaikan dan pandang ringan kepada keperluan sarapan pagi, kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi amat penting untuk kesihatan dan antara kebaikan sarapan pagi adalah dapat meningkatkan kemampuan dalam berfikir, perlindungan terhadap serangan jantung, memenuhi keperluan nutrisi yang di perlukan oleh tubuh dan sarapan juga boleh menurunkan berat badan.
Sebut tentang penurunan berat badan, Alhamdulillah saya telah berjaya menurunkan berat badan pada tahun lepas hanya dengan mengatur jadual makan yang betul dan bersenam dengan berjalan kaki selama 30minit ke 1 jam dalam sehari...tanpa bantuan sebarang ubat pelangsing atau plan diet yang ketat. Yang di perlukan hanya disiplin dan kemahuan. Diet itu tak semestinya tidak makan nasi langsung. Saya tekad untuk menurunkan berat badan pun setelah terkejut dengan hasil ujian penyaringan kolestrol yang di lakukan. Jika tidak lakukan ujian darah, entah-entah sekarang saya masih bersuka-suka dengan makanan berlemak dan malas untuk bersenam. Pesan saya, lakukan lah ujian kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita sendiri. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Eh...panjang pula celoteh pagi ini ya.. :D. Bukan apa, lepas gian setelah lama tidak menulis di blog ini. Baiklah, kita langsung saja ya melihat resepi sarapan pagi saya pagi ini iaitu, pumpkin muffin, resepi dari Izahdaut. Sedap tau...
PUMPKIN MUFFIN
Sumber : izahdaut - muffin lover
Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
3/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 cawan labu - di rebus dan di lecek
1/4 cawan yogurt
2 biji telur
1/4 cawan minyak sayuran atau minyak masak
1/3 cawan gula pasir
sedikit esen vanilla
coklat chips untuk hiasan.
Cara membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 190'c.
2. Ayak tepung bersama baking soda, baking powder dan garam di dalam sebuah mangkuk besar. Ketepikan
3. Satukan labu, telur, gula, yogurt, minyak dan esen vanilla kedalam blender dan kisar hingga teksturnya halus dan licin.
4. Tuang bahan yang di kisar kedalam adunan tepung.
5. Gaul adunan sekadar bersatu dan jangan overmix. Jika tidak muffin akan menjadi keras setelah masak nanti.
6. Ceduk adunan ke dalam muffin cup dan taburkan coklat chips ke atasnya.
7. Bakar hingga masak, lebih kurang 25minit.
Enaknya di nikmati panas-panas setelah keluar dari oven dengan secawan teh.
Assalamualaikum Kak..emmm sesekali layan pumkin versi mapin sedappppp gak kan...
BalasPadam